Wednesday, 28 September 2011

manusia memilih.

manusia diberi keputusan untuk memilih
seperti mana dia
berikan aku 2 kotak

kotak pertama;
diisi dengan manisan
seperti gula dan coklat

kotak kedua;
diisi dengan pelbagai dadah
seperti cocaine dan ice

dia menyarankan aku supaya mengambil
dadah yang diisi dalam kotak kedua
aku berasa hairan
lalu aku menanya kenapa

katanya
jikalau aku memilih kotak pertama
aku akan merasai
kemanisan di waktu kini
dan
kesusahan di masa hadapan
seperti
orang yang memakan benda manis
dan
dipaksa potong kaki pada hari kemudian
yang sama dengan
kemalasan seorang pelajar
pada masa kini
dan akan susah untuk menyara kehidupan
aku dan dia pada esok hari.

jikalau aku memilih kotak kedua
aku akan susah pada masa kini
dan
bersenang-lenang kemudian
seperti
drug addict yang telah khayal
dan
dihantar ke pusat pemulihan untuk insaf
yang sama dengan
kesusahan seorang pelajar
untuk mencapai keputusan yang cemerlang
dan
akhirnya bersenang-lenang di hari kemudian
bersama si dia.

baiklah
aku memilih untuk
mengambil kotak kedua
kotak yang penuh dengan dadah.

Saturday, 24 September 2011

kotak hati

aku kenal kau lah sayang
kau ialah wanita yang cuba mengejar
kehidupan yang perfek
kereta merah yang mewah
pakaian yang menyerlahkan kecantikan kau
rumah yang besar
senang kata
a perfect life like a royal.

kau tak ingin layan mana-mana lelaki
kerana kau sibuk
sibuk belajar
*dah nak SPM
aku respek pilihan kau
aku respek keputusan itu
aku memahami
aku juga ingin kehidupan seperti itu

mungkin
kita tak payah bersua buat masa kini
biar perasaan cinta mampus dimamah masa

SPM
kita berada di medan bertempuran
kau ada kubu kau
aku ada kubu aku

kita lihat siapa menang.

Friday, 9 September 2011

post tidak bernafsu .

saat terakhir
Tuhan menarik soul kita
dari badan kita yang diselaputi dengan
dosa besar dan dosa kecil
menarik soul dari kaki hingga keluar melalui mulut
dan ketika itu
saudara sebelah kita cuba membantu kita untuk mengucap
LA ILAHA ILALLAH MUHAMMAD RASULULLAH
dan berdoa supaya kita
ditempatkan dalam orang yang beriman.
Innalillah.


saat terakhir
Tuhan memberi cinta kepada kita
untuk bercinta keranaNya bukan kerana nafsu yang rakus.

saat terakhir
Tuhan menarik cinta kita yang tulus
itu yang Dia ingin memberi pengajaran iaitu
pengajaran untuk merubah cara pandangan terhadap cinta.


saat pertama
aku terima cinta
wanita bagaikan pedang yang diasah setajam pedang katana
dan merobek setiap sudut ini menjadi lemah


saat terakhir
aku terimanya semula
aku berharap yang dia jadi orang terakhir untuk bersama aku
kerana aku tak sanggup untuk hadapi
pedang katana itu lagi sekali 
kerna aku dah dibunuh sebanyak dua kali
and still recover.

-currently listening to azan maghrib.

Thursday, 1 September 2011

Chemical bahaya 02

Dulu
Setiap Detik
Kau suntik aku
Dengan chemical bahaya
Yang memudaratkan diri aku

Kini
Cuti ini
Yang membuat
Aku tak dapat merasai
suntikan yang memudaratkan itu.