Mat membawa kereta kecil berwarna merah bersama teman wanitanya; Angelica
berpakaian jeans skini biru, kemeja merah berkotak, bersepatu but Dr. Martin, rambut hitam ikal mayang, susuk tubuh badan ramping dan mengenakan cermin mata hitam rayban warfare yang dibeli menggunakan duit titik peluh bapanya menjadi aksesori 'killer' saat itu.
Mat hairan mengapa angelica memilih dia selain daripada yang lain-lain? lalu ditanya mat, "angie tak malu keluar dengan mat yang hanya mempunyai sebuah kereta cabuk berwarna merah sedangkan angie anak orang kaya?" Angie berkata dengan ringkas dan tegas, "tidak". Angie selalu meminjam kereta mini mat untuk bersiar-siar sedangkan Angie punyai pelbagai buah kereta yang terdiri daripada jenama terunggul; Honda, Hyundai, Mercedes, Toyota, Mitsubishi dan kau hanya perlu sebut nama brand kereta; Keluarga Angie ada.
Mat bertanya Angie perihal meminjam kereta ini lalu Angie dengan selamba menjawab "secara jujur Angie suka kereta mini ini kerana kereta ini comel, berwarna merah, dan style."
"Hairan? bukankah Angie boleh membeli kereta ini?"mat bertanya lalu angie menjawab, "kereta ini dimiliki oleh mat, itu yang susah nak beli kereta yg serupa dengan ini."
Sebenarnya, kereta itu menjadi tempat perhubungan sulit Angie bersama lelaki lain kerana Angie suka tempat sempit ketika melakukan hubungan.