Monday, 24 October 2011

Tamat

Beta sudah penat wahai hulubalang, mungkin beta tidak dapat meneruskan lagi.
Kata Putera Burns terhadap hulubalangnya.

Beta tidak punyai Kudrat lagi untuk menulis kata-kata indah terhadap wanita yang beta suka lalu hampakan beta dengan perangai mereka yang suck.
Kata Putera Burns dengan berasa kecewa.

Tetapi bagaimana dengan rakyat jelata yang tunggu surat tuanku yang dilengkapi segenggam pasir itu?
Tanya hulubalang dengan rasa ingin tahu.

Beritahu sahaja rakyat jelata bahawa beta sudah mati.
Putera Burns bercakap dengan kesesalan di muka.

Baiklah, patik akan umumkan pada esok hari.
Jawab hulubalang dengan yakin

Beta rasa ini yang terbaik.

Saturday, 22 October 2011

Nadia Mohaniz , Post Special.

pelbagai cara aku cuba
untuk mencari seorang wanita
yang secara senyap menyelinap
ke dalam kepala aku
kaedah laman sosial sudah dicuba
ternyata aku menang
melalui burung [twitter]
kami bersua.

post kota eksploitasi
dikomen oleh dia
membuat aku tercari siapakah gerangannya

blog dia sangat special
ayat dia power
kalau jadi senjata nuklear
negara lain pasti binasa
bertemakan pink
berserta ayat ganas
cukup membuktikan dia
wanita rugged alaf 21

nasib baik kau bukan wanita yang sombong
kalau tidak aku memang terkandas dalam blog kau

Nadia Mohaniz <3
terimakasihbungaselasih kerna sudi tuk berburung ngan saya :)

ayat anda powerk. hahaha.

Friday, 21 October 2011

bleeding hands

aku sedang tunggu masa  yang sesuai untuk jawapan,
dan kau sedang tunggu masa untuk jawab persoalan.

reaksi kau ialah kegembiraan
reaksi aku hanya kekecewaan

senyuman kau menenggelamkan jiwa ku
senyuman aku mengimbangkan perasaan

mata kau mula bercahaya
mata aku hanya memantulkannya

suara kau menggoncang dunia
suara aku menstabilkannya

[TAMAT]

Tuesday, 18 October 2011

warna

I figure you're only here for a matter of moments. Ever since I was a kid watching movies I've always wanted to make people laugh or have some sort of emotional reaction.  -Tim Conway  

reaksi
pelbagai reaksi kau pernah beri
marah, suka, gembira, dan lain-lain
cuma bukan tangisan.
aku ingin lepaskan segala persoalan
act now, don't gamble for your future
petikan dari kata-kata Simone De Beauvor
merubah pemikiran aku

aku perlu bertindak
tuk memastikannya [noktah]
memastikan aku tidak berjuang secara sendirian.
aku akan meluahkan segalanya
kerana aku bukan pondan yang duduk di bawak aircond dan 
mengharapkan easy-money
kalau kau
teriak
melenting
marah
benci
menangis
terharu
senyum
malu
senyap

dan
tak kira apa reaksi kau, aku sedia. [noktah]

Saturday, 15 October 2011

imaginasi penipu

ex pertama dengan aku
memenatkan, banyak kerenahnya.
setiap kehendak ingin dipenuhi
tak sampai seminggu; putus
itu nama cinta monyet

ex kedua dengan aku
baik, kami memang gembira
pesanan ringkas yang tersilap hantar
memutuskan hubungan kami
sebulan lebih; putus
cinta sejati mula merangkak

ex ketiga dengan aku
sedih, seminit selepas kami bersama
dia ingin melaksanakan projek tanduk syaitan
maksiat; aku tolak
4 hari; putus
hanya kesesalan mula menular

ex keempat dengan aku
couple tapi tak declare
dia memang manis orangnya
pandai melukis serta mengambil hati orang.
tiga atau empat bulan lebih; kami putus
berjanji kami tak kenal satu sama lain
atas sebab yang tertentu
itu aku gelar Cinta Katana; menghiris jiwa aku.

yang kali ni
bukan ex tapi kawan
a lover not a fighter
i wish she is my lover
and be better than my previous ex
she got that kind of smile that made me happy.
*if you are reading this, i need you.

-currently listening to comfort me.

Thursday, 13 October 2011

Kosong

Sometimes, the answer is just right under your nose.

Quote ini sesuai untuk post sebelum ini
Jawapan dia tertera kat situ
Cuma mata dikaburi dengan tulisan highlight merah.
Cari dia.

selitan nota merah

Aku tak sanggup menulis kata-kata indah tentang kau lagi
Isi hati penuh dengan kata-kata indah yang boleh buat wanita seperti kau cair
Setiap gerakan yang kau lakonkan di depan aku membolehkan aku menulis sebuah essay
Yang aku pasti kau akan mual dengan tulisan aku yang jiwang plus cakar ayam
Apa yang kau lihat pasti akan turun ke hati dan buat kau jatuh cinta bersama ku
Hampa? hampa dengan aku? hampa kerana tulisan aku untukmu dan bukan untuk orang lain?

Resah? jangan. ini memang benar. aku suka kau . aku sayang kau.
Aku dah lama memendamkannya cuma masa sahaja jadi pendindingnya
Masa itu emas, aku akan gunakannya dengan sebaik mungkin bila bersamamu
Lemah membaca taipo ini? sekejap, ada sedikit lagi yang boleh buat kau mual .
Ini yang aku tunggukan, serious aku sayang kau,cuma aku sayangkan keluargaku lebih sedikit.


*hihi (aku ketawa nakal)

Thursday, 6 October 2011

kota eksploitasi

romy
eksploitasi kau terhadap julie dah terbongkar
rancangan kau dah didedahkan oleh willy
willy membongkar rahsia kau tentang kehilangan mahkota
wanita di kota cinta
dan willy
telah buat semua penduduk menjadi marah

ternyata
ternyata willy pandai dalam eksploitasi minda mereka.

Tuesday, 4 October 2011

Perang cinta kedua

"Those who have the will to fight will have the will to cry."

Jyeah
Aku dah lawan
Dah menghadapi pertempuran yang digelar
Perang cinta kedua
Dia bersenjatakan pedang katana
Manakala
Aku bersenjatakan perisai tangan
Dengan berlatarbelakangkan padang yang hijau
Dan angin yang tiup dengan ganas
Telah menjadi satu detik istimewa untuk kami.

Sekelip mata sahaja
Aku bersama perisai tangan aku
telah ditusuk menembusi perisai sehingga ke dada aku.
Memang sakit
Tapi sakit ini bukan sakit biasa
Ini namanya
Sakit hati.

Hahaha

Aku melutut
Dan rebah
Melihat awan untuk kali terakhir
Sebelum aku melelapkan pandangan aku selamanya
Yang menunjukkan aku telah ditewas
Dan aku sedar dia menitiskan air mata
Ke muka aku
Kerana melihat aku mati.

Aku mati.