Tuesday, 4 October 2011

Perang cinta kedua

"Those who have the will to fight will have the will to cry."

Jyeah
Aku dah lawan
Dah menghadapi pertempuran yang digelar
Perang cinta kedua
Dia bersenjatakan pedang katana
Manakala
Aku bersenjatakan perisai tangan
Dengan berlatarbelakangkan padang yang hijau
Dan angin yang tiup dengan ganas
Telah menjadi satu detik istimewa untuk kami.

Sekelip mata sahaja
Aku bersama perisai tangan aku
telah ditusuk menembusi perisai sehingga ke dada aku.
Memang sakit
Tapi sakit ini bukan sakit biasa
Ini namanya
Sakit hati.

Hahaha

Aku melutut
Dan rebah
Melihat awan untuk kali terakhir
Sebelum aku melelapkan pandangan aku selamanya
Yang menunjukkan aku telah ditewas
Dan aku sedar dia menitiskan air mata
Ke muka aku
Kerana melihat aku mati.

Aku mati.

No comments:

Post a Comment