Isi hati penuh dengan kata-kata indah yang boleh buat wanita seperti kau cair
Setiap gerakan yang kau lakonkan di depan aku membolehkan aku menulis sebuah essay
Yang aku pasti kau akan mual dengan tulisan aku yang jiwang plus cakar ayam
Apa yang kau lihat pasti akan turun ke hati dan buat kau jatuh cinta bersama ku
Hampa? hampa dengan aku? hampa kerana tulisan aku untukmu dan bukan untuk orang lain?
Resah? jangan. ini memang benar. aku suka kau . aku sayang kau.
Aku dah lama memendamkannya cuma masa sahaja jadi pendindingnya
Masa itu emas, aku akan gunakannya dengan sebaik mungkin bila bersamamu
Lemah membaca taipo ini? sekejap, ada sedikit lagi yang boleh buat kau mual .
Ini yang aku tunggukan, serious aku sayang kau,cuma aku sayangkan keluargaku lebih sedikit.
*hihi (aku ketawa nakal)
kau memang puitis orangnya . haha btw aku suka warna merah !
ReplyDeletePuitis secara gratis :D
ReplyDelete