Saturday, 30 July 2011

Gadis delima

Ahh,
Hari ini sungguh panas,
Matahari menyinar pada setiap benda di muka bumi ini,
Aku duduk di bawah pokok di atas sebuah kerusi coklat,
Sedang aku duduk,
Datang seorang gadis duduk di sebelah aku,
Dalam fikiran aku,
" celaka, kenapa dia duduk di sebelah aku?!
Kini aku perlu jaga perlakuan aku di sisinya."

Pandangan aku terhadap dia kali pertama, gila cun.
Pandangan aku terhadap dia kali kedua, comel loteh.
Pandangan aku terhadap dia kali ketiga, dup dap dup dap( jantung berdegup )
Pandangan aku terhadap dia kali keempat, dia pula pandang aku. Aku menoleh pandangan ke awan.
Pandangan aku terhadap dia kali kelima, dia sedang menulis sesuatu di sekeping nota kuning.

Aku berfikir,
"adakah kau tulis nota cinta untuk aku? nombor telefon kau? Atau kata-kata cacian pada aku?

Ciri-ciri muka kau dari mata aku,
matanya lawa, Indah bak bulan purnama. (jiwang)
Pipinya putih, putih macam bedak. Mungkin Dia pakai silkygirl?
Hidungnya comel, macam hidung kucing. (meow)
bulu matanya, lentik.
Senyuman dia, cair badan aku yang sedang berpeluh ni.
Bibirnya, merah seperti permata delima merah.

Yes,
Saat ini aku tahu kau gadis delima,
Gadis delima, gadis delima.

Kau bangun dari kerusi ini dan berjalan meninggalkan aku,
Aku melihat kau pergi begitu sahaja,
Aku lihat di tempat duduk kau nampak sekeping nota,
Tertulis "lelaki clische"

No comments:

Post a Comment