Sunday, 31 July 2011

Sahur pada 11 malam

Aku ada seorang isteri , nama dia Elina. Orangnya manis, sekali pandang memang mengiurkan dan dia lebih lawa daripada Datuk Siti Nurhaliza( oke, aku tipu ).

Aku dan dia dah berkahwin selama 3 bulan, rasa bagaikan semalam sahaja. Satu kelemahan yang ada pada dia adalah dia suka MEMBEBEL. Okay, leteran dia memang pedas macam cili dan suara dari mulut dia sungguh merr... Menyakitkan hati.

Di mana-mana sahaja pasti akan kedengaran suara dia yang sedang membebel di depan telinga aku.
Di tandas, pot pet pot pet. (luar tandas)
Di restoran, pot pet pot pet. (suara background restoran)
Di office, pot pet pot pet. (dalam telefon)
Di taman, pot pet pot pet. (orang memandang)
Di dalam kereta, pot pet pot pet. (memasang radio dengan kuat)

Sumpah aku cakap, dia bagaikan DeeJay bergerak. Ada pada saat itu, dia senyap (dia tidur ke? Tapi mata dia terbuka lagi) radio sinar fm menyiarkan broadcast khas untuk puasa. Dia menyatakan bahawa esok puasa. Aku gembira! Sebab dapat dengar suara radio dengan sempurna tanpa bunyi si singa.

Malam itu aku bersiap ingin ke masjid untuk menunaikan solat tarawih pertama bagi tahun ini. Tetapi, sebelum itu aku dikenakan dengan beberapa speech yang mantap daripada Elina the Great Lion. Aku mengenakan kain pelekat coklat dan baju melayu berwarna biru, ambil kunci kereta wira putih dan choww.

Selepas solat, aku pergi ke bandar Kuala Lumpur dengan mengenakan pakaian ku tadi dan membeli 2 biji Whooper di Burger King Ampang Point. Aku beli set burger large! Aku makan seketul kerana belum makan tengahhari lagi dan satu lagi untuk sahur esok( pukul 11 malam, aku bersahur? Wahh! ) selesai makan, aku ke taman lalu tidur dan Tidak lagi mendengar suara bebelan Elina the Great Lion. Sampai esok pagi -.-

No comments:

Post a Comment