Sunday, 31 July 2011

Lelaki clische.

Aku sedang berjalan di taman titiwangsa yang besar ini. Matahari sedang memancarkan tenaga habanya yang beribu kilometer jauhnya. Tambahan lagi, Malaysia adalah negara yang berada di tengah garisan khatulistiwa dan suhunya sentiasa "well-done" sahaja( tidak hairan terasa bahangnya ). Aku ternampak Kerusi coklat di bawah sepohon pokok itu dan segera aku ke arah sana. Tiba-tiba, seorang lelaki sedang berjalan ke arah itu dan duduk. " ala, kenapa mesti ada seorang lelaki muncul di situ? Aku tidak suka." aku berfikir. Tanpa mengambil kisah, aku duduk di sebelah mamat yang dah muka macam Ozzy Ousbourne waktu tua( sedangkan mamat ni dalam lingkungan 20-an ).

Pandangan dia terhadap aku kali pertama, Aku keluarkan buku bacaan kecil dari beg gucci aku.
Pandangan dia terhadap aku kali kedua, aku membaca buku itu dengan ' muka ingin tahu ' .
Pandangan dia terhadap aku kali ketiga, aku tutup buku itu dan pandang ke tasik titiwangsa yang besar itu.
Pandangan dia terhadap aku kali keempat, aku menoleh pandangan aku terhadap dia, dia mendongak ke awan.
Pandangan dia terhadap aku kali kelima, aku keluarkan sekeping nota bersama pen dan mula menulis.

" dia mesti fikir aku ingin berikan dia nombor telefon aku kepada dia. "

Apa yang aku tulis adalah
Adakah kau sama seperti lelaki lain? Berlakon kacak di sisi wanita?
Adakah kau sama seperti lelaki lain? Memakai pakaian dan mengenakan rambut yang bukan kau.(fake)
Adakah kau sama seperti lelaki lain? Lelaki yang akan bermain kayu tiga di belakang aku.
Adakah kau sama seperti lelaki lain? Lelaki yang akan marahkan aku jika aku tidak dapat bersamamu untuk sementara?
Adakah kau sama seperti lelaki lain? Akan kecewakan aku?

Adakah kau jenis yang hanya berpura-pura, hanya suka menipu diri seorang wanita.

Aku pandang kau tuk kali kedua , aku lekatkan nota ini di tempat duduk aku dan bertajukkan " Lelaki Clische. "

No comments:

Post a Comment