Sunday, 14 August 2011

Tulisan panjang

Aku ingin sangat mahu menjelajah dunia ini sebab Islam menggalakkan bermusafir
Beberapa sebab untuk aku travel;

-mencari ilham untuk menulis dan menerbit buku tulisan aku sendiri seperti Mohd jayzuan, Mimi Morticia dan beberapa penulis underground.

-menangkap gambar untuk ku terbitkan sebuah lagi buku bertajuk " eye C " yang akan dimuatkan gambar-gambar kehidupan. Tunjukkan rupa sebalik drama manusia.

-mencari diri aku yang hilang, aku dah terlampau lama menghilang. Kalau aku jumpa diri aku, aku akan peluk diri aku dan berkata " kau tahu tak? Aku dah lama mencari kau. "

Aku dicaci bahawa aku tak akan dapat terbit buku tapi nescaya jika suatu hari sampainya rezeki aku, aku akan ambil peluang itu dan kata pada orang yang tak sokong aku iaitu " lihat, Tuhan dah berikan aku peluang tuk berkongsi nukilan aku sesama orang lain. "

No comments:

Post a Comment