Wednesday, 10 August 2011

Cacoon

Selamat datang
Cinta
Mimpi
Suara
Senyuman
Dan angau-angau

Dah lama kau tak menjenguk aku bukan?
Buat aku jadi sepi
Macam
Lampu yang bercahaya malap
Menerangi aku di akhir sudut bilik aku

Tapi hari ini
Cinta
Mimpi
Suara
Senyuman
Dan angau-angau

Menjenguk aku dengan
Berpegangan tangan
Berlari-lari sambil melompat di
Taman bunga dengan
Berlatarbelakangkan
Pelangi 7 warna

Grr
Aku mengetip bibir
Kerana kau
Sanggup menggedik datang sini dengan slow-mo kau

Tapi tidak apa
Penantian aku terbalas
Kau dah buat aku jadi
Rama-rama
Yang terlepas dari cacoon sempit ku

Anyway
Terima kasih Bunga selasih
Cinta
Mimpi
Senyuman
Dan angau-angau
Semua datang semula kerana kau
Sanggup bersama dengan aku
Dimamah masa.

No comments:

Post a Comment