4 kelopak
dah gugur
satu demi satu
gugur dan meninggalkan tangkainya
sahaja
pelik bukan?
4 kelopak dulu
bahagiakan aku yang malang
tapi baru-baru ini
tangkai dia sahaja tinggal yang bersemadi dalam diri
mungkin sebab
aku cuba untuk menjauhi diri dari dia dan
beri orang lain yang ambil 4 kelopak itu
tanpa tangkainya
tangkainya aku simpan
mana tahu
wujudnya 4 kelopak tu semula dalam diri aku?
ia perlukan tangkai untuk hidup bukan?
dia yang bagi aku satu chemical bahaya
katanya itu racun
racun? itu yang dia selalu berikan aku racun pada waktu pagi
dan tengahhari
kawan aku kata itu racun yang menyenangkan hidup
iaitu racun bahagia
tapi kini
dia bagi aku penawar
penawar yang membuang aku
jauh ke dalam cahaya kosong
penawar ini kalau terkena kepada sesiapa yang sedang bercinta
memang bahaya
ini
penawar gelas pecah
lukakan setiap sudut dan inci dalam
jiwa dan hati peminum
sekali minum
kau perlukan 3 dos racun itu semula
ini memang penawar yang tidak disyorkan oleh WHO.
kenapa pudar?
aku ingin semula 4 kelopak.
No comments:
Post a Comment