Saturday, 17 December 2011

kereta mini

Mat membawa kereta kecil berwarna merah bersama teman wanitanya; Angelica
berpakaian jeans skini biru, kemeja merah berkotak, bersepatu but Dr. Martin, rambut hitam ikal mayang, susuk tubuh badan ramping dan mengenakan cermin mata hitam rayban warfare yang dibeli menggunakan duit titik peluh bapanya menjadi aksesori 'killer' saat itu.
      Mat hairan mengapa angelica memilih dia selain daripada yang lain-lain? lalu ditanya mat, "angie tak malu keluar dengan mat yang hanya mempunyai sebuah kereta cabuk berwarna merah sedangkan angie anak orang kaya?" Angie berkata dengan ringkas dan tegas, "tidak". Angie selalu meminjam kereta mini mat untuk bersiar-siar sedangkan Angie punyai pelbagai buah kereta yang terdiri daripada jenama terunggul; Honda, Hyundai, Mercedes, Toyota, Mitsubishi dan kau hanya perlu sebut nama brand kereta; Keluarga Angie ada.
      Mat bertanya Angie perihal meminjam kereta ini lalu Angie dengan selamba menjawab "secara jujur Angie suka kereta mini ini kerana kereta ini comel, berwarna merah, dan style."
      "Hairan? bukankah Angie boleh membeli kereta ini?"mat bertanya lalu angie menjawab, "kereta ini dimiliki oleh mat, itu yang susah nak beli kereta yg serupa dengan ini."
      Sebenarnya, kereta itu menjadi tempat perhubungan sulit Angie bersama lelaki lain kerana Angie suka tempat sempit ketika melakukan hubungan.

Monday, 24 October 2011

Tamat

Beta sudah penat wahai hulubalang, mungkin beta tidak dapat meneruskan lagi.
Kata Putera Burns terhadap hulubalangnya.

Beta tidak punyai Kudrat lagi untuk menulis kata-kata indah terhadap wanita yang beta suka lalu hampakan beta dengan perangai mereka yang suck.
Kata Putera Burns dengan berasa kecewa.

Tetapi bagaimana dengan rakyat jelata yang tunggu surat tuanku yang dilengkapi segenggam pasir itu?
Tanya hulubalang dengan rasa ingin tahu.

Beritahu sahaja rakyat jelata bahawa beta sudah mati.
Putera Burns bercakap dengan kesesalan di muka.

Baiklah, patik akan umumkan pada esok hari.
Jawab hulubalang dengan yakin

Beta rasa ini yang terbaik.

Saturday, 22 October 2011

Nadia Mohaniz , Post Special.

pelbagai cara aku cuba
untuk mencari seorang wanita
yang secara senyap menyelinap
ke dalam kepala aku
kaedah laman sosial sudah dicuba
ternyata aku menang
melalui burung [twitter]
kami bersua.

post kota eksploitasi
dikomen oleh dia
membuat aku tercari siapakah gerangannya

blog dia sangat special
ayat dia power
kalau jadi senjata nuklear
negara lain pasti binasa
bertemakan pink
berserta ayat ganas
cukup membuktikan dia
wanita rugged alaf 21

nasib baik kau bukan wanita yang sombong
kalau tidak aku memang terkandas dalam blog kau

Nadia Mohaniz <3
terimakasihbungaselasih kerna sudi tuk berburung ngan saya :)

ayat anda powerk. hahaha.

Friday, 21 October 2011

bleeding hands

aku sedang tunggu masa  yang sesuai untuk jawapan,
dan kau sedang tunggu masa untuk jawab persoalan.

reaksi kau ialah kegembiraan
reaksi aku hanya kekecewaan

senyuman kau menenggelamkan jiwa ku
senyuman aku mengimbangkan perasaan

mata kau mula bercahaya
mata aku hanya memantulkannya

suara kau menggoncang dunia
suara aku menstabilkannya

[TAMAT]

Tuesday, 18 October 2011

warna

I figure you're only here for a matter of moments. Ever since I was a kid watching movies I've always wanted to make people laugh or have some sort of emotional reaction.  -Tim Conway  

reaksi
pelbagai reaksi kau pernah beri
marah, suka, gembira, dan lain-lain
cuma bukan tangisan.
aku ingin lepaskan segala persoalan
act now, don't gamble for your future
petikan dari kata-kata Simone De Beauvor
merubah pemikiran aku

aku perlu bertindak
tuk memastikannya [noktah]
memastikan aku tidak berjuang secara sendirian.
aku akan meluahkan segalanya
kerana aku bukan pondan yang duduk di bawak aircond dan 
mengharapkan easy-money
kalau kau
teriak
melenting
marah
benci
menangis
terharu
senyum
malu
senyap

dan
tak kira apa reaksi kau, aku sedia. [noktah]

Saturday, 15 October 2011

imaginasi penipu

ex pertama dengan aku
memenatkan, banyak kerenahnya.
setiap kehendak ingin dipenuhi
tak sampai seminggu; putus
itu nama cinta monyet

ex kedua dengan aku
baik, kami memang gembira
pesanan ringkas yang tersilap hantar
memutuskan hubungan kami
sebulan lebih; putus
cinta sejati mula merangkak

ex ketiga dengan aku
sedih, seminit selepas kami bersama
dia ingin melaksanakan projek tanduk syaitan
maksiat; aku tolak
4 hari; putus
hanya kesesalan mula menular

ex keempat dengan aku
couple tapi tak declare
dia memang manis orangnya
pandai melukis serta mengambil hati orang.
tiga atau empat bulan lebih; kami putus
berjanji kami tak kenal satu sama lain
atas sebab yang tertentu
itu aku gelar Cinta Katana; menghiris jiwa aku.

yang kali ni
bukan ex tapi kawan
a lover not a fighter
i wish she is my lover
and be better than my previous ex
she got that kind of smile that made me happy.
*if you are reading this, i need you.

-currently listening to comfort me.

Thursday, 13 October 2011

Kosong

Sometimes, the answer is just right under your nose.

Quote ini sesuai untuk post sebelum ini
Jawapan dia tertera kat situ
Cuma mata dikaburi dengan tulisan highlight merah.
Cari dia.

selitan nota merah

Aku tak sanggup menulis kata-kata indah tentang kau lagi
Isi hati penuh dengan kata-kata indah yang boleh buat wanita seperti kau cair
Setiap gerakan yang kau lakonkan di depan aku membolehkan aku menulis sebuah essay
Yang aku pasti kau akan mual dengan tulisan aku yang jiwang plus cakar ayam
Apa yang kau lihat pasti akan turun ke hati dan buat kau jatuh cinta bersama ku
Hampa? hampa dengan aku? hampa kerana tulisan aku untukmu dan bukan untuk orang lain?

Resah? jangan. ini memang benar. aku suka kau . aku sayang kau.
Aku dah lama memendamkannya cuma masa sahaja jadi pendindingnya
Masa itu emas, aku akan gunakannya dengan sebaik mungkin bila bersamamu
Lemah membaca taipo ini? sekejap, ada sedikit lagi yang boleh buat kau mual .
Ini yang aku tunggukan, serious aku sayang kau,cuma aku sayangkan keluargaku lebih sedikit.


*hihi (aku ketawa nakal)

Thursday, 6 October 2011

kota eksploitasi

romy
eksploitasi kau terhadap julie dah terbongkar
rancangan kau dah didedahkan oleh willy
willy membongkar rahsia kau tentang kehilangan mahkota
wanita di kota cinta
dan willy
telah buat semua penduduk menjadi marah

ternyata
ternyata willy pandai dalam eksploitasi minda mereka.

Tuesday, 4 October 2011

Perang cinta kedua

"Those who have the will to fight will have the will to cry."

Jyeah
Aku dah lawan
Dah menghadapi pertempuran yang digelar
Perang cinta kedua
Dia bersenjatakan pedang katana
Manakala
Aku bersenjatakan perisai tangan
Dengan berlatarbelakangkan padang yang hijau
Dan angin yang tiup dengan ganas
Telah menjadi satu detik istimewa untuk kami.

Sekelip mata sahaja
Aku bersama perisai tangan aku
telah ditusuk menembusi perisai sehingga ke dada aku.
Memang sakit
Tapi sakit ini bukan sakit biasa
Ini namanya
Sakit hati.

Hahaha

Aku melutut
Dan rebah
Melihat awan untuk kali terakhir
Sebelum aku melelapkan pandangan aku selamanya
Yang menunjukkan aku telah ditewas
Dan aku sedar dia menitiskan air mata
Ke muka aku
Kerana melihat aku mati.

Aku mati.

Wednesday, 28 September 2011

manusia memilih.

manusia diberi keputusan untuk memilih
seperti mana dia
berikan aku 2 kotak

kotak pertama;
diisi dengan manisan
seperti gula dan coklat

kotak kedua;
diisi dengan pelbagai dadah
seperti cocaine dan ice

dia menyarankan aku supaya mengambil
dadah yang diisi dalam kotak kedua
aku berasa hairan
lalu aku menanya kenapa

katanya
jikalau aku memilih kotak pertama
aku akan merasai
kemanisan di waktu kini
dan
kesusahan di masa hadapan
seperti
orang yang memakan benda manis
dan
dipaksa potong kaki pada hari kemudian
yang sama dengan
kemalasan seorang pelajar
pada masa kini
dan akan susah untuk menyara kehidupan
aku dan dia pada esok hari.

jikalau aku memilih kotak kedua
aku akan susah pada masa kini
dan
bersenang-lenang kemudian
seperti
drug addict yang telah khayal
dan
dihantar ke pusat pemulihan untuk insaf
yang sama dengan
kesusahan seorang pelajar
untuk mencapai keputusan yang cemerlang
dan
akhirnya bersenang-lenang di hari kemudian
bersama si dia.

baiklah
aku memilih untuk
mengambil kotak kedua
kotak yang penuh dengan dadah.

Saturday, 24 September 2011

kotak hati

aku kenal kau lah sayang
kau ialah wanita yang cuba mengejar
kehidupan yang perfek
kereta merah yang mewah
pakaian yang menyerlahkan kecantikan kau
rumah yang besar
senang kata
a perfect life like a royal.

kau tak ingin layan mana-mana lelaki
kerana kau sibuk
sibuk belajar
*dah nak SPM
aku respek pilihan kau
aku respek keputusan itu
aku memahami
aku juga ingin kehidupan seperti itu

mungkin
kita tak payah bersua buat masa kini
biar perasaan cinta mampus dimamah masa

SPM
kita berada di medan bertempuran
kau ada kubu kau
aku ada kubu aku

kita lihat siapa menang.

Friday, 9 September 2011

post tidak bernafsu .

saat terakhir
Tuhan menarik soul kita
dari badan kita yang diselaputi dengan
dosa besar dan dosa kecil
menarik soul dari kaki hingga keluar melalui mulut
dan ketika itu
saudara sebelah kita cuba membantu kita untuk mengucap
LA ILAHA ILALLAH MUHAMMAD RASULULLAH
dan berdoa supaya kita
ditempatkan dalam orang yang beriman.
Innalillah.


saat terakhir
Tuhan memberi cinta kepada kita
untuk bercinta keranaNya bukan kerana nafsu yang rakus.

saat terakhir
Tuhan menarik cinta kita yang tulus
itu yang Dia ingin memberi pengajaran iaitu
pengajaran untuk merubah cara pandangan terhadap cinta.


saat pertama
aku terima cinta
wanita bagaikan pedang yang diasah setajam pedang katana
dan merobek setiap sudut ini menjadi lemah


saat terakhir
aku terimanya semula
aku berharap yang dia jadi orang terakhir untuk bersama aku
kerana aku tak sanggup untuk hadapi
pedang katana itu lagi sekali 
kerna aku dah dibunuh sebanyak dua kali
and still recover.

-currently listening to azan maghrib.

Thursday, 1 September 2011

Chemical bahaya 02

Dulu
Setiap Detik
Kau suntik aku
Dengan chemical bahaya
Yang memudaratkan diri aku

Kini
Cuti ini
Yang membuat
Aku tak dapat merasai
suntikan yang memudaratkan itu.

Tuesday, 30 August 2011

kucing seniman.


semalam aku memang bersedih
kesian
takut
sayang

kau adalah kucing aku yang ketiga daripada beberapa ekor lagi
memang sedih
semalam pakcik aku datang dan check dia ni
dan berkata
"kalau tak hantar ke klinik cepat, dia boleh mati "

sedih
dia lah paling gedik dalam keluarga kucing aku
gedik sebab dia memang manja
tapi apakan daya
Tuhan menarik nyawanya pagi ni
Tuhan sayangkan kucing aku ini.

semalam
dia bagaikan tak ingin bersama kami sekeluarga
dalam dakapan aku
dia menolak aku menggunakan kakinya
ketika dia baring di lantai bersama aku
dia tidak boleh berjalan lalu dia memusingkan badannya sehingga jauh dari aku
ketika aku meletakkannya dalam sangkar
dia mengiau sekuat yang mungkin
tandanya dia tak mahu bersama yang lain.

sedih
sedih
tangisan.

thanks sebab sudi bersama aku ketika sakit dan happy
You're my gedik cat ; cotton

Monday, 29 August 2011

ahlan wasahlan syawal

urgh
kenapa bulan mulia ni pergi?
aku benar sayangkan kau
aku rindu setiap malam bersamamu
senyuman panas mu
dan hari-hari yang mulia tu.

tapi apa aku boleh lakukan?
Tuhan ingin menarik kau dengan cepat
kerna dia lagi sayangkan kau daripada aku yang sayangi mu
Tuhan menarik mu dan membawa lagi satu bulan
bulan kemenangan


Ahlan wasahlan Syawal, aku rindukan kau.

Saturday, 27 August 2011

hidup bahagia 03

sebenarnya dari segi percintaan
lelaki yang bodoh
kerana mencintai wanita yang dia sayang dan addicted gila dengan semua tentang dia

sebenarnya dari segi percintaan
wanita yang bodoh
kerana tak sedar bahawa lelaki yang mencintai dia sentiasa ada di sisi tapi tak sedar tentangnya sehinggalah dia tiada.

bodoh bukan?
cinta boleh membuat dua pihak jatuh dan rebah tanpa pengetahuan, menarik.

jangan haram jadah

kalau
bunuh diri dibenarkan
aku tetap akan berfikir banyak kali
untuk menarik nyawa sendiri

kalau
dadah dihalalkan
aku tidak akan teragak-agak
untuk membuangnya ke dalam tong sampah yang penuh dengan dosa

kalau
menulis diharamkan
aku akan menaip nukilan aku yang bodoh ini
untuk tatapan semua yang bosan

kalau
mencintai wanita itu salah
dari segi undang-undang
aku
akan tulis satu wasiat menggunakan komputer Mac Apple ini
dan mengambil dadah yang banyak dari tong sampah dosa
dan mengambil tali gantung untuk membunuh diri aku ini.


Thursday, 25 August 2011

Chemical bahaya

4 kelopak
dah gugur
satu demi satu
gugur dan meninggalkan tangkainya
sahaja

pelik bukan?
4 kelopak dulu
bahagiakan aku yang malang
tapi baru-baru ini
tangkai dia sahaja tinggal yang bersemadi dalam diri

mungkin sebab
aku cuba untuk menjauhi diri dari dia dan
beri orang lain yang ambil 4 kelopak itu
tanpa tangkainya
tangkainya aku simpan

mana tahu
wujudnya 4 kelopak tu semula dalam diri aku?
ia perlukan tangkai untuk hidup bukan?

dia yang bagi aku satu chemical bahaya
katanya itu racun
racun? itu yang dia selalu berikan aku racun pada waktu pagi
dan tengahhari
kawan aku kata itu racun yang menyenangkan hidup
iaitu racun bahagia

tapi kini
dia bagi aku penawar
penawar yang membuang aku
jauh ke dalam cahaya kosong
penawar ini kalau terkena kepada sesiapa yang sedang bercinta
memang bahaya
ini
penawar gelas pecah
lukakan setiap sudut dan inci dalam
jiwa dan hati peminum

sekali minum
kau perlukan 3 dos racun itu semula
ini memang penawar yang tidak disyorkan oleh WHO.

kenapa pudar?
aku ingin  semula 4 kelopak.

Monday, 22 August 2011

Goncang Dunia

aku tak tahulah
hari tu dengan hari ni bawak
perbezaan yang besar

hari tu
aku dan dia duk depan berdepan
muka ke muka
mata ke mata
aku tak dapat menahan diri dari melihat matanya yang
sparkling
aku tak dapat menahan diri dari melihat senyuman yang
menggoncang dunia
di dalam restoran ini yang merakam memori kami
bersama CCTV

cilaka kau

hari ini
dia macam tak tegur aku dah
sapaan yang ikhlas dari aku membuat dia macam
malu
malu-malu kucing
alalala, comelnya dia.

aku tak tahu kenapa
dia macam tak sudi ingin berkawan dengan aku
post kat wall facebook dia
dengan hello
dia buat don't know
sms kat handphone dia
dengan "hey, buat apa?"
sampai sekarang masih tidak terjawab
bila ditanya
alasan tukar nombor diberi

aku tak tahu
dia suka aku?
dia benci aku?
atau apa?


please lah, answer me.

Sunday, 21 August 2011

pertemuan malam dosa

Malam ini aku sakit
Ustazah aku kata
Sakit itu adalah satu penghapusan
Dosa-dosa kecil

Kalau aku sakit
Dosa kecil aku terhapus

Saat ini
Dosa-dosa aku bertemu semula dengan aku
Erti kata lain
Aku refresh semula
Dosa-dosa masa lampau aku
Memang banyak
Banyak dosa aku terhadap Dia dan terhadap masyarakat
Keadaan aku saat ini seperti waktu dulu-dulu
Waktu denggi introduce diri dia kat aku
Memang jahat
Aku rebah sepanjang sesi persekolahan menengah form 4
Pada hari jumaat

Sakit
Panas
Sengal-sengal
Pening kepala
Sejuk
Semua datang serentak
Apa yang cikgu aku cakap kat waktu
Dapat aku ingat sampai sekarang

Sakit.
Malam ini semua dosa datang semula kat otak aku
Pertemuan malam dosa.

Friday, 19 August 2011

Fantasi picagari

Aku tak sedar
Apa yang jadi malam tadi
Aku mamai
Dalam bilik gelap ini

Malam semalam semua macam teletubbies
Padang yang hijau
Matahari yang bersinar dan bertutur
4 teletubbies yang berwarna
Merah, kuning, ungu dan hijau
Mereka lompat bersama-sama
Kelakar bukan?
Mereka adalah 4 member dadah aku
Morfin, heroin, kodin dan candu
Nama saintifik mereka pula
Ajai, Dany, Ray dan Sam

******************

Mereka memang member baik
Bersama dengan aku ketika senang
Di saat kami punyai 'paket'
Kami hilang dalam fantasi teletubbies
Bersama dengan aku ketika susah
Di saat kami tiada 'paket'
Kami parah dalam dunia politik bangsat

Memang hang semua member baik aku
Hang semua layak dipanggil 4 dadah

********************

Sedap,sedap ada padahnya bukan?
Padahnya
Muka Hans Isaac kami menjadi muka Ozzy Dozzy
Badan Segak kami menjadi ranting kayu
Eyebag di mata sangat menyakinkan orang ramai
Yang kami sampah

*********************

Kami semua pandai tapi
Ada suatu hari
Ajai bawak 'paket' seronok

Dengan satu picagari
Kami berkongsi
Kami mula
Ikat lengan
Memanaskan jarum
Bersama lilin
Cucuk hujungnya
Di lengan kami
Dan
" ahhhhh! "
Kami mengeran sekuat hati
4 dadah aku menjadi teletubbies
Menyanyi lagu bersama
Melompat keriangan
Kami memang kuat berfantasi.

Lepas hari itu,
Aku addicted
Sayang kau dadah
Sayang sesangat.

Tapi saat itu
Aku sedar
Masa depan aku hancur
Hancur bersama 4 teletubbies yang berada dalam
Bilik apartmen aku

Pendek cerita
Mati.

Mati dengan nama aku, amir.

***************

" projek tapaktangan "

Thursday, 18 August 2011

hidup bahagia 02

aku sanggup
lepaskan dia
kepada kau romy

tapi dengan satu syarat yang besar

" hang kena buat dia happy selalu, kalau hang kasi dia menitiskan air mata walaupun setitik sahaja. Aku cari hang sampai lubang cacing ."

ingat pesan aku romy.

Wednesday, 17 August 2011

Hidup Bahagia

Hari ni
Sepi
Gila babs

Lalui 2 jam
Masa hadapan kitorang
Cinta
Mimpi
Suara
Senyuman
Tak menjenguk aku
Langsung

Kenapa?
Mana perginya 4 kelopak itu?
Kau kurung mereka dan tak ingin lepaskan mereka ke?

Duduk di situ dan senyap
Aku benar sayangkan kau hidup bahagia
Aku ingin berborak dan mendengar suara kau
Aku ingin bercinta dan menjadi hero kau.

Banyak berangan tidak apa
Itu adalah suatu cita-cita
Cita-cita aku untuk percintaan adalah

" menjadi individu yang dapat mencintai seorang wanita, lelaki malaya. "

Tuesday, 16 August 2011

Projek tapaktangan

aku dah berfikir
masak-masak
cukup ranum dah aku rasa

aku berfikir yang aku perlu laksanakan
projek tapaktangan

aku kena ambil buku
hadapi hidup
SPM dan cinta
dan kalau idea bagai
air yang deras
aku akan tulis ke dalam sebuah buku
yang akan aku terbitkan suatu hari nanti

suatu hari
aku suka dua perkataan yang simple itu

dorongan
aku perlukan kau
modal
aku akan kumpul kau
karya
kau akan ditulis oleh aku dengan tulisan yang buruk sekali

cinta
jangan pergi mana-mana okay?
nukilan-nukilan underground
kau orang jadi aku punya bahan rujukan bila aku kosong atau bosan

projek tapaktangan
let's start

Sunday, 14 August 2011

Tulisan panjang

Aku ingin sangat mahu menjelajah dunia ini sebab Islam menggalakkan bermusafir
Beberapa sebab untuk aku travel;

-mencari ilham untuk menulis dan menerbit buku tulisan aku sendiri seperti Mohd jayzuan, Mimi Morticia dan beberapa penulis underground.

-menangkap gambar untuk ku terbitkan sebuah lagi buku bertajuk " eye C " yang akan dimuatkan gambar-gambar kehidupan. Tunjukkan rupa sebalik drama manusia.

-mencari diri aku yang hilang, aku dah terlampau lama menghilang. Kalau aku jumpa diri aku, aku akan peluk diri aku dan berkata " kau tahu tak? Aku dah lama mencari kau. "

Aku dicaci bahawa aku tak akan dapat terbit buku tapi nescaya jika suatu hari sampainya rezeki aku, aku akan ambil peluang itu dan kata pada orang yang tak sokong aku iaitu " lihat, Tuhan dah berikan aku peluang tuk berkongsi nukilan aku sesama orang lain. "

Nakal

Merah
Warna kegemaran kau
Mungkin aku patut berikan bunga ros pada kau

Ayu
Gerak geri kau
Aku malu tersipu-sipu bersama kau

Lemah lembut
Ini sedikit susah
Aku menjadi gedik bila kau bersikap sebegini rupa

Feminin
Aku suka ayat itu
Ia sangat sesuai dengan perwatakan kau

Comel
Grrr, kenapa?
Kau dalam kategori comel loteh

Pertama
AKu ingin jadi pertama
Pertama dan terakhir tuk berkasih sesama kau

Merdu
Aku tak pernah dengar kau menyanyi
Sedap atau tidak aku masih sayangkan kau

Nakal
Meow! Macam kucing aku
Anda sedikit nakal bila bersama dengan saya

Sayang
Suatu hari
Itu aku akan panggil kau.

Speciallyforgadisdelima



Saturday, 13 August 2011

tanda tanya

aku risau

adakah bekalan di dunia ini sama dengan bekalan di akhirat aku nanti?
adakah aku akan jadi seorang lelaki yang bertanggujawab?
adakah aku jadi suami yang mendidik anak dan isterinya dalam agama dengan cemerlang ?

mungkin

tuhan hidupkan aku lagi kerna aku diberikan masa tuk bertaubat dan beribadah?
aku kurang didikan agama?
aku diberikan masa tuk mencari cahaya dan bersama dengan hidup bahagia?

pelbagai

dugaan dan cabaran.
makanan dan minuman.

aku rasa Dia hidupkan aku supaya
aku dapat bertaubat dan membalas semula jasa ibu bapa aku
aku banyak berdoa supaya ibu bapa dipanjang umur supaya
mereka dapat lihat anak mereka menjadi insan yang
berjaya.

suatu hari

suatu hari
kita akan keluar dari sangkar ini
menjadi merpati putih yang
bebas berterbangan di langit biru

saat itu
aku ingin kau jadi
merpati putih aku
berkicauan di sebelah aku
menyinar sebelah aku
dan terbang sebelah aku

yes.
jadilah merpati akustik aku

suatu hari
kita akan berada di taman
dan aku akan melamar kau dengan
4 perkataan yang
cukup bermakna

masa itu
semuanya akan berhenti dan akan
terukir senyuman di bibir aku :)

suatu hari
aku akan menjadi hero yang lindungi kau
aku akan menjadi bahu di mana kau menangis
aku akan menjadi tempat mengadu perasaan
aku akan mendapat merenung ke mata kau yang
menenggelamkan jiwa aku.
aku akan mati kerna terlampau banyak senyum

suatu hari.
ingat dua perkataan yang kecil tapi membawa makna besar ini
suatu hari.

Friday, 12 August 2011

rouges d'amour

malam tadi
syok
dia memang lawa
berbaju kurung
bertudung merah
senyuman lava
kilauan matanya

semuanya perfect
bila dia keluar dari kereta
dan datang ke arah aku
lagu everytime you breath
nyanyian the police
menjadi muzik latar belakang di telinga aku.

masa itu
cinta
mimpi
suara
senyuman
atau aku panggil 4 kelopak
datang ke jiwa aku dengan
*ZOOOOP
pantas sekali
tiada lagi slow-mo

aku bertuah kerana kau yang tiada ganti untuk kini.

Wednesday, 10 August 2011

Cacoon

Selamat datang
Cinta
Mimpi
Suara
Senyuman
Dan angau-angau

Dah lama kau tak menjenguk aku bukan?
Buat aku jadi sepi
Macam
Lampu yang bercahaya malap
Menerangi aku di akhir sudut bilik aku

Tapi hari ini
Cinta
Mimpi
Suara
Senyuman
Dan angau-angau

Menjenguk aku dengan
Berpegangan tangan
Berlari-lari sambil melompat di
Taman bunga dengan
Berlatarbelakangkan
Pelangi 7 warna

Grr
Aku mengetip bibir
Kerana kau
Sanggup menggedik datang sini dengan slow-mo kau

Tapi tidak apa
Penantian aku terbalas
Kau dah buat aku jadi
Rama-rama
Yang terlepas dari cacoon sempit ku

Anyway
Terima kasih Bunga selasih
Cinta
Mimpi
Senyuman
Dan angau-angau
Semua datang semula kerana kau
Sanggup bersama dengan aku
Dimamah masa.

Terguris kata

Sudah lama kita bersama,
Hati terguris gundah gulana,
Gundah gulana hampanya jiwa,
Janganlah layan aku begini rupa,

Minta maaf
Aku benar minta maaf

Lansung tidak terniat aku
Ingin mengguris hati kamu
Aku benar sayangkan kamu
Aku perlu jaga kata-kata aku

Minta maaf
Aku benar minta maaf

Jangan lakukan begini
Kau meluluhkan hati ini
Buat aku rasa mati
Jangan bersedih
Jangan bersedih
Jangan bersedih

Kau
Tetap lawa
Tak kira bagaimana
Kau
Akan senantiasa di hati ini
Hati aku
Minda aku

Minta maaf

Sunday, 7 August 2011

Gagap si penulis

Senyap
. . . . . .
Masih senyap
. . . . . .
Gila senyap
. . . . . !

Kenapa?
Aku ingin tegur kau
Tak sempurna hari aku
Kau tahu?
Aku ingin pandangan kau yang
Melemaskan jiwa ini
Aku ingin senyuman kau yang ditatah dengan
batu delima merah
Aku ingin suara kau yang merdu
Buat aku terkebil

Kau comel. Comel loteh

Waktu kemuncak
Waktu kebebasan seorang pelajar tadi
Aku dapat tegur kau

GRRR
Aku terus gagap saat itu juga

Celaka
Jangan sampai
Pipi
Dan
Bibir kau
Aku cium.

Speciallygadisdelima

Sangsi-sangsi

Idea
Idea
Idea

Babi
Mana idea
Anjing
Gonggongkan aku idea
Taik
Err.. Buang masa tenungkan idea taik yang bernas

Masalah aku dah selesai
Jadi
Idea pun dah dihanyutkan macam tu sahaja
Awek-awek cun
Pun takda idea yang boleh sumbangkan
Kepada aku

Kasi berserabut bulu dan kepala
Awek-awek cun
Pergilah kau
Dedah sana sini
Bukan ada manfaat dekat aku pun

Blah
Awek tolol.

Saturday, 6 August 2011

Traffik Neraka

Kau humban aku ke sini
Wanita
Hitam
Putih


Sudah ramai kau humban
Sampai sesak nafas aku
Aku tak sangka kau orang jahat
Aku sangka kau gadis delima

Tapi
Wanita
Hitam
Putih


Aku lihat di sini ramai
Bermuka sedih
Kau kencing mereka

Dadah dan maksiat kau bawa
Tapi mereka yang merana

Urgh
Silap besar tuk have fun dengan kau

Keluarkan aku dari sini
Tempat ini terlalu sesak.

Sekali lagi

Aku tahu
Sekali lagi kita
Bergaduh

Senyap
Tak bersuara
Mata
Tak memandang
Sibuk
Dengan kerja sendiri
Cuba
Membuat antara satu sama lain cemburu mati

Kelakar bukan?
Bila nak tegur
Macam
"boleh ke aku tegur?"

Haha
Tulisan menunjukkan aku ketawa tapi
Tidak

Kami malu tersipu-sipu
Gedik.

Tak apa
Aku tegur dia esok
Doakan aku berjaya tuk menegur dia :)

Jika berjaya
Ermm.
Amin

Jika tak
Err.
Peluang masih terbuka

Jangan

tinggalkan aku
cintai orang lain
menangis kerana aku tiada

percaya terhadap kata-kata orang lain
setuju dengan pendapat mereka
salah sangka jahanam

ikut orang yang kau kenal sehari
cintai dia sampai mati
pandang dia penuh harapan

jadi gila
sangka cinta itu sempurna
jadi gila

* apa yang kau baca ini letak tajuk post ini di hadapan setiap perkataan

Friday, 5 August 2011

Hari Lahir

hari lahir
orang bagi hadiah
ucapkan kata-kata
hari jadi

hebat
kek black forest atau tiramisu
di sertai dengan lilin
yang
angkanya sama dengan
umur

dinyalakan lilin dengan penuh
ketaksuban
menyanyikan lagu hari jadi
dan

*FUUUUH!

tiup api yang sedang membakari lilin itu

semua bertepuk tangan
dan
potong kek itu

enjoy it
sebab setahun sekali.

Jiwang Form 2

kadangkala aku terasa
pada waktu malam
bintang dan bulan

tidak menyinar padaku
walaupun cahanya sangat
terang

tak cukup
ia tak cukup untuk menerangi hatiku
aku perlukan satu cahaya
yang cukup indah

untuk sentiasa membuat hatiku
terang gemilang

sudikah engkau menjadi cahaya itu?

supaya hati kita dapat
bersama
sudikah kau bersama aku?

*jiwang betul waktu form 2 -.-

Pengakuan Pagi Berani Mati

gitar
dulu minat aku
ala.

Gita Gutawa

spears
cintai aku gila babi
tapi aku tak layan dia

Britney Spears

willy
dulu member aku
ish.

William Shakespeare

jeli
dulu bekas kekasih aku
ahaha

Angelina Jolie

musang
ni selalu curi perhatian aku
grr

Megan Fox

hahaha
aku berani
pengakuan pagi berani mati.

Wanita lawa

Aku tak tahu
Kau dengar atau tidak
Baca atau tidak

Tetapi
Kau adalah wanita yang paling cantik
pernah aku lihat

Benar,memang benar
Senyuman kau sahaja
Buat aku
terkapai-kapai di dalam awangan putih

Pandangan kau pula
Lemaskan aku

Suara kau
Tidak pernah menjerit
Dan
Tidak pernah berbisik di telinga aku
Suara kau
Merdu

Kau memang pandai buat aku angau bukan?

Grr.

Thursday, 4 August 2011

Ambillah

kau suka dia
aku suka dia
kalau mahu dia


. . . . . . . . .

ambillah.
aku tak ingin lawan
mungkin dia sesuai dengan kau
bukan aku

pandai buat dia ketawa
senyum

ARGHH!
senyuman dia memang
senyuman yang menawan
aku tergoda

tak jadilah

aku ingin dia
kau cari yang lain

Masalah Jumaat

masalah
makanan minda aku

lebih banyak masalah
lebih banyak aku
tulis

tapi
hari ini berbeza
aku memang penuh
penuh masalah

Masalah Jumaat

hari jumaat
hari diberkati
jadi masalah aku

memang diberkati.

brotha 03

wahhh
tinggi dan lampai

hensem
*aku tipu. biasa je

bercermin mata
tetapi still jaguh
lima tahun
kami berkawan

dia ni big brotha lah
brotha dino

haha

dia minat game
obses

tapi ini blog
takkan nak tulis pasal dia panjang lebar?

penutup aku adalah

dia ni
big 
brotha 
dino

Brotha 02

sama juga
lima tahun berkawan
tak pernah
berubah

rambut masih sikat tepi
bercermin mata
bentuk fizikal tak pernah berubah
(okay, dia dah tinggi sikit dari dulu)

hahaha

jalan dengan penuh
wawasan

baik dan blur
sedikit
dia hebat seperti
dahulu,

haha
kelakar

tapi dia salah satu dari brotha aku

itulah yang
hebat

Wednesday, 3 August 2011

Brotha

aku ada member
dia
up to date
dalam fesyen


tanya semua benda
dia
*petik jari

aku tahu.

aku dengan dia sudah
lima

lima tahun sudah
berkawan
macam adik beradik atau lebih sesuai dipanggil

BROTHA

dia memang
baik, baik hati

kami nak ambik SPM
*the mother of future

dia IM aku dalam Facebook baru-baru ini
 dia cakap

 "okayy hope kite dua dua berjaya dalam SPM n dapt isteri yg cunn"

haha, brotha. kau ni gila lah

aku doakan kau juga brotha :)

kerusi kosong

seorang
demi
seorang

aku duduk
melayan
tapi

seorang
demi
seorang

pergi
tinggalkan aku di tempat duduk ini

kosong
tiada orang

mana kau?

mari sini teman aku
duduk sebelah aku

aku janji
ini kali terakhir
kalau
kita dijodohkan

Takdir

Tikus Radikal

Pengecut

berhenti menyorok lagi
di
lubang-lubang hitam

mencuri sana sini
seperti
pengecut

mahu juadah sedap?

mari aku berikan juadah
yang sedap
di atas pinggan emas yang bertatahkan
belian dan intan permata

pengecut
keluar dari sudut hitam
lubang hitam

Masih Rahsia

senyuman kau memenuhkan
setiap
sudut kosong
di dalam diriku

setiap kali kau senyum
terisi

celaka
kau suka buat aku berisi bukan?

kau bukan jenis yang suka
senyum dan
tinggalkan kekosongan

kau senyum
. . . . . . . . . . .
aku diisi dengan
senyuman manis kau

mata kau
berkilauan saat matahari
menyinarkan kepada
dua biji mata
kau

macam mutiara
masih rahsia

Wanita hitam putih

Aku tiada sebarang cerita tentang wanita hitam putih. Tetapi, aku ada deskripsi wanita hitam putih. Begini;

Wanita
Hitam
Putih.


Macam neraka
Aku bina kau sebuah bahtera
Menyujud kau

Jiwa tenang
Jadi kacau
Bergelora
Huru hara
Porak-peranda

Kenapa?
Aku jadi huru hara
Aku jadi gila

Kau bukan seperti
Wanita
Di zaman dulu-dulu
Berbaju kurung
Berpayung merah jambu
Jalan lenggang lenggok

Aku ketawa besar

Wanita
Hitam
Putih

Ini deskripsi aku tentang kau,

penipu
cerita besar

Ayu
Tapi bebal

Lawa
Kurang benang di tubuh
Sedih

Aku bukan ingin
Cakap kau
Bodoh

Tapi kau menyedihkan

Maksiat
Kau lakukan

Lumrah alam
Kau benarkan

Aku
Ingin
Menangis

Wanita
Hitam
Putih


Bukan aku tak suka

Cuma
Minta
Berubah

Hey Juliet Capulet 02

Edrique seorang lelaki berjiwa murni tetapi kurang keyakinan diri. Dia ada seorang rakan bernama romy yang ingin menang segalanya dari segi pekerjaan, percintaan dan lain-lain.

Pada suatu hari, sedang romy dan edrique berada di bandar. Mereka ternampak seorang wanita yang lawa, namanya ruby. Ruby ialah gadis delima, dari pandangan pertama sampai ke berapa dia akan tetap nampak sedap dipandang. Diikutkan cerita, ruby ialah wanita yang baru berpindah ke kawasan venice. Edrique nampak ruby untuk kali pertama dan hati dia mula terpaut buat pertama kalinya tetapi di situlah romy memainkan peranan sebagai Seorang budak lelaki bernama Romeo Montaque. Romy mencelah perbualan mereka dan edrique mula terpinggir kerana cemburu dengan mereka. Edrique hanya dapat berbual dengan ruby untuk sementara sahaja bagaikan hanya bertanya khabar dengan dia dan benda-benda yang lain. Romy dapat berborak dengan dia , ketawa bersama dia dan benda yang lain buat apabila "berkawan" . Sementara romy di dalam taman sendiri, edrique menolong orang lain dan menjadi seorang yang mahsyur di kota italy, venice.

Romy benar-benar bengang lalu romy menyebarkan fitnah di venice yang buruk tentang edrique, romy amat jahat. Ruby tidak mempercayai fitnah itu dan menjadi seorang yang di sisi edrique tuk menolong. Kelamaan fitnah makin menurun dan kepercayaan terhadap edrique lebih tinggi dari romy.

Romy jahat, edrique berbakat.

forthewanitahitamputihgadisdelimadanlelakiclische

Tuesday, 2 August 2011

Berbuka

Aku
Berbuka bersama keluarga aku
Juadah semua sedap gila

Tetapi mata aku
Hanya memandang satu benda sahaja
ia berwarna putih
Kalau masuk mulut

ERMM! Sedapnya.
Aku balun benda tu lapan kali!

Perut aku kembung kerna benda itu
Aku kembung
Kembung air

Aku dahaga gila
Benda itulah yang aku balun waktu berbuka

Air putih sejuk di dalam cawan gelas.

Sunday, 31 July 2011

Sahur pada 11 malam

Aku ada seorang isteri , nama dia Elina. Orangnya manis, sekali pandang memang mengiurkan dan dia lebih lawa daripada Datuk Siti Nurhaliza( oke, aku tipu ).

Aku dan dia dah berkahwin selama 3 bulan, rasa bagaikan semalam sahaja. Satu kelemahan yang ada pada dia adalah dia suka MEMBEBEL. Okay, leteran dia memang pedas macam cili dan suara dari mulut dia sungguh merr... Menyakitkan hati.

Di mana-mana sahaja pasti akan kedengaran suara dia yang sedang membebel di depan telinga aku.
Di tandas, pot pet pot pet. (luar tandas)
Di restoran, pot pet pot pet. (suara background restoran)
Di office, pot pet pot pet. (dalam telefon)
Di taman, pot pet pot pet. (orang memandang)
Di dalam kereta, pot pet pot pet. (memasang radio dengan kuat)

Sumpah aku cakap, dia bagaikan DeeJay bergerak. Ada pada saat itu, dia senyap (dia tidur ke? Tapi mata dia terbuka lagi) radio sinar fm menyiarkan broadcast khas untuk puasa. Dia menyatakan bahawa esok puasa. Aku gembira! Sebab dapat dengar suara radio dengan sempurna tanpa bunyi si singa.

Malam itu aku bersiap ingin ke masjid untuk menunaikan solat tarawih pertama bagi tahun ini. Tetapi, sebelum itu aku dikenakan dengan beberapa speech yang mantap daripada Elina the Great Lion. Aku mengenakan kain pelekat coklat dan baju melayu berwarna biru, ambil kunci kereta wira putih dan choww.

Selepas solat, aku pergi ke bandar Kuala Lumpur dengan mengenakan pakaian ku tadi dan membeli 2 biji Whooper di Burger King Ampang Point. Aku beli set burger large! Aku makan seketul kerana belum makan tengahhari lagi dan satu lagi untuk sahur esok( pukul 11 malam, aku bersahur? Wahh! ) selesai makan, aku ke taman lalu tidur dan Tidak lagi mendengar suara bebelan Elina the Great Lion. Sampai esok pagi -.-

Lelaki clische.

Aku sedang berjalan di taman titiwangsa yang besar ini. Matahari sedang memancarkan tenaga habanya yang beribu kilometer jauhnya. Tambahan lagi, Malaysia adalah negara yang berada di tengah garisan khatulistiwa dan suhunya sentiasa "well-done" sahaja( tidak hairan terasa bahangnya ). Aku ternampak Kerusi coklat di bawah sepohon pokok itu dan segera aku ke arah sana. Tiba-tiba, seorang lelaki sedang berjalan ke arah itu dan duduk. " ala, kenapa mesti ada seorang lelaki muncul di situ? Aku tidak suka." aku berfikir. Tanpa mengambil kisah, aku duduk di sebelah mamat yang dah muka macam Ozzy Ousbourne waktu tua( sedangkan mamat ni dalam lingkungan 20-an ).

Pandangan dia terhadap aku kali pertama, Aku keluarkan buku bacaan kecil dari beg gucci aku.
Pandangan dia terhadap aku kali kedua, aku membaca buku itu dengan ' muka ingin tahu ' .
Pandangan dia terhadap aku kali ketiga, aku tutup buku itu dan pandang ke tasik titiwangsa yang besar itu.
Pandangan dia terhadap aku kali keempat, aku menoleh pandangan aku terhadap dia, dia mendongak ke awan.
Pandangan dia terhadap aku kali kelima, aku keluarkan sekeping nota bersama pen dan mula menulis.

" dia mesti fikir aku ingin berikan dia nombor telefon aku kepada dia. "

Apa yang aku tulis adalah
Adakah kau sama seperti lelaki lain? Berlakon kacak di sisi wanita?
Adakah kau sama seperti lelaki lain? Memakai pakaian dan mengenakan rambut yang bukan kau.(fake)
Adakah kau sama seperti lelaki lain? Lelaki yang akan bermain kayu tiga di belakang aku.
Adakah kau sama seperti lelaki lain? Lelaki yang akan marahkan aku jika aku tidak dapat bersamamu untuk sementara?
Adakah kau sama seperti lelaki lain? Akan kecewakan aku?

Adakah kau jenis yang hanya berpura-pura, hanya suka menipu diri seorang wanita.

Aku pandang kau tuk kali kedua , aku lekatkan nota ini di tempat duduk aku dan bertajukkan " Lelaki Clische. "

Saturday, 30 July 2011

Gadis delima

Ahh,
Hari ini sungguh panas,
Matahari menyinar pada setiap benda di muka bumi ini,
Aku duduk di bawah pokok di atas sebuah kerusi coklat,
Sedang aku duduk,
Datang seorang gadis duduk di sebelah aku,
Dalam fikiran aku,
" celaka, kenapa dia duduk di sebelah aku?!
Kini aku perlu jaga perlakuan aku di sisinya."

Pandangan aku terhadap dia kali pertama, gila cun.
Pandangan aku terhadap dia kali kedua, comel loteh.
Pandangan aku terhadap dia kali ketiga, dup dap dup dap( jantung berdegup )
Pandangan aku terhadap dia kali keempat, dia pula pandang aku. Aku menoleh pandangan ke awan.
Pandangan aku terhadap dia kali kelima, dia sedang menulis sesuatu di sekeping nota kuning.

Aku berfikir,
"adakah kau tulis nota cinta untuk aku? nombor telefon kau? Atau kata-kata cacian pada aku?

Ciri-ciri muka kau dari mata aku,
matanya lawa, Indah bak bulan purnama. (jiwang)
Pipinya putih, putih macam bedak. Mungkin Dia pakai silkygirl?
Hidungnya comel, macam hidung kucing. (meow)
bulu matanya, lentik.
Senyuman dia, cair badan aku yang sedang berpeluh ni.
Bibirnya, merah seperti permata delima merah.

Yes,
Saat ini aku tahu kau gadis delima,
Gadis delima, gadis delima.

Kau bangun dari kerusi ini dan berjalan meninggalkan aku,
Aku melihat kau pergi begitu sahaja,
Aku lihat di tempat duduk kau nampak sekeping nota,
Tertulis "lelaki clische"

Ahlan wasahlan ya ramadhan

Hari akan perginya Bulan Syaaban dan datangnya ramadhan . Sekejap je dah ramadhan balik :)

Hello Julliet Capulet

Today i'm gonna speaking London due to the tittle that i'm using it right now.

Juliet is a well-known girl to all eyes in the world. Juliet is having the big affair with Romeo( should we call him playboy? ). Romeo is a playboy that well known back in the day in rome or london. He had that magnificent background of his family, he is wealthy,handsome and one of the biggest main family in his neighborhood( he got to watch his manner ).

But one day, he met juliet and fall in love with her because ussually the girls are always wanted to be with this romeo but to juliet, she doesn't see all that. She just see the guy is just want to play every womans heart and that made romeo fall in love with her.

And that's the biggest thing that happen in the romeo story and the famous "romeo and juliet" poetry.

Forthewanitahitamputihgadisdelimadanlelakiclische

Friday, 29 July 2011

Aku bosan, aku tulis.

Girl, you caught me in your attention,
Bring me to the whole new generation,
Your smile made me lost my direction,
Oh girl, please show, show me the direction,

Gonna made love, gonna made this happen,
Taking up knotch,bring this to the government,
Gonna reunite the love of human,
I wanna show the nation my appreciation,

Put your hands, put your hands up in the air,
Wave it now , wave it just like you never care,
If you think this love is just a despair,
Do not give up, cause you will try put your hands up in the air,

Reggae deggae is a music from jamaica,
Bob marley is a reggae deggae master,
Drugs and sex are not main criteria,
Freedom in music, thats what most important,

No,no,no,no,no woman no cry,
It,it,its time for me to say goodbye,
Drugs,drugs, Drugs never put you up high,
Take this music as your pilot to the sky.

-hasil nukilan seorang lelaki.

Apa di sebalik tajuk " Kosong. Satu. Dua. Tiga"

Ini beberapa sebab tajuknya;

-Jiwa aku KOSONG bila SATU-SATUnya cinta aku tiada di sisi aku. Biarkan kami berDUA bersama, aku tak suka lihat ada pihak keTIGA kacau jiwa aku dengan dia.

-Terlampau KOSONG. Jiwa aku SATU. Cinta kita berDUA. Aku ada TIGA nama.

-Bulan seperti nombor KOSONG. Matahari hanya SATU. DUA adalah nombor kegemaran aku(aku tipu) . tvTIGA penipu.

Forthewanitahitamputihgadisdelimadanlelakiclishe

Wednesday, 27 July 2011

Shit itu taik

Aku create blog ini hanya untuk beberapa sebab;

i) aku rasakan ini hanya untuk sementara.
ii)tempat luahan kata.
iii)beri kata-kata aku yang dihikmahkan untuk selamanya.
iv) pemberian pendapat aku.


forthewanitahitamputihgadisdelimadanlelakiclishe.